Sabtu, 28 Februari 2009

Apa pendapat anda?

Apa pendapat anda tentang apa yang saya nak buat ini? Oklah... pada kali ini saya akan tunjukkan satu contoh diagram litar projek yang simple je tapi saya sertakan sekali dengan surihan pada atas veroboard atau stripboard. Agak susah sikit untuk pasang komponen di atas veroboard atau stripboard ini sebab atas beberapa faktor yang perlu dilakukan. Namun begitu bagi anda yang dah biasa guna veroboard ini, petik jari jekan.

Penggunaan veroboard ini agak meluas kegunaannya selain dari penggunaan PCB atau papan litar bercetak. Memang benar penggunaan PCB juga tidak boleh diambil mudah juga dan ianya juga menampakkan hasil yang lebih kemas. Namun begitu, veroboard juga boleh jadi lebih menarik dan sangat kemas jika kita tahu menyusun dan menggunakannya.

Asal pembelajaran saya dalam bidang elektronik ini banyak menggunakan veroboard untuk membuat latihan pematerian dan juga membuat projek tertentu. Kemudian saya beralih pula pada PCB. Apa pun yang kita tahu, untuk menghasilkan PCB memerlukan beberapa teknik dan proses penghasilannya. Jika tidak ianya tidak boleh diguna pakai. Tidak seperti veroboard, ianya sudah sedia untuk digunakan. Hanya perlu kerja pemasangan, penyusunan komponen dan juga pematerian. Jika perlu melalui proses potong laluan, ianya hendaklah dilakukan.

Contoh pertama seperti diagram litar ini. Ianya adalah projek LED kelip-kelip. Saya tunjuk contoh yang mudah dulu dan kemudian pada masa akan datang saya akan lakukan seperti ini untuk litar projek yang lain pula.

Jika pemasangan komponen untuk litar seperti ini mungkinlah senang dan cepat untuk disiapkan berbanding dengan litar yang mempunyai jumlah komponen elektronik yang banyak. Cara pengaturan komponen juga ada bermacam-macam cara dan bentuk susunan. Semuanya bergantung kepada kehendak masing-masing. Dari situ kita boleh lihat cara penyusunan dan pada masa yang sama kita boleh menilai manakah yang nampak lebih kemas dan cantik.

Ada teknik pemasangan yang suka merapatkan semua komponen dan ada yang suka menjarakkan komponen. Cuba lihat diagram ini pula setelah dibuat penyusunan di atas veroboard. Untuk litar yang simple ini, tiada pemotongan dibuat dan kerja pemasangan juga lebih mudah dan cepat.
Dengan adanya diagram veroboard ini, kerja pemasangan lebih mudah. Hanya dengan melihat pada surihan ini dan ikut saja pemasangannya di atas veroboard yang sebenar. Selepas siap, buat pengujian. Jika tidak berfungsi, kita boleh buat pemeriksaan beberapa kali sambungan di atas veroboard dengan surihan ini.

Untuk litar seterusnya, saya akan tunjukkan beberapa diagram litar beserta dengan surihan veroboard untuk memudahkan anda memasang dan mengujinya nanti.

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse