Setiap pengesan logam mempunyai frekuensinya tersendiri dan juga cara penghasilan litar juga berbeza. Dari segi pembinaan gegelung pula berbeza dari satu ke satu yang lain. Perbezaannya menyerupai beberapa bentuk seperti bulat, dua bulatan yang disamakan, dua bulatan yang bedekatan, bentuk bulan sabit, dan sebagainya. Bagi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan adalah berbentuk bulatan seperti yang saya tunjukkan.
Segulung gegelung tembaga ini disertakan atau disatukan kedua-dua gelung pemancar dan penerima. Kemudian kedua-duanya diikat dengan kuat-kuat. Tapi sebelum itu pastikan kedua-dua gelung ini berhasil dan diuji fungsinya. Nilai kapasitor dan juga bilangan lilitan gegelung menentukan keberkesanan litar. Manakala gegelung juga perlu ikut diameter dan juga saiz tembaga tersebut.
Bagi litar yang menggunakan satu gegelung, hablur digunakan atau satu gegelung gandingan diperlukan. Gegelung gandingan tidak perlu dibuat kerana ianya siap untuk dibeli di kedai. Satu cabaran untuk hasilkan litar ini kerana gangungan frekuensi mungkin berlaku hanya dengan sedikit perubahan komponen dan juga susunnya.
3 ulasan:
Apa apa hal hakimi sokong abg azrai dari belakang......
salam..
abg azrai.....dok semenyih kat ne??blh r sy dtg melawat..sy dok semenyih gak..aceli sya nk tanye someting.sy nkwat jam loceng ade alat pengesan haba,asap tok kelas reka cipta....tp nk tau litar2 tok alat2 nie...means komponen2 yg boleh sy dpt kat jalan pasa....boleh tolong x??
abg azrai..metal detector abg tu boley tak detect metal sebesar skru dan sedalam 10-20cm dalam..sbb itu hari sayer ada pass kertas projek kat kawan sayer pasal metal detector..adakah sama dgn projek tu?
Catat Ulasan