Isnin, 11 Mei 2009

Sistem bekalan kuasa

Untuk sebarang penggunaan litar bekalan kuasa memerlukan beberapa komponen penting bagi menjadikan satu satu bahagian pada litar berfungsi dengan betul. Jika kita inginkan satu litar bekalan kuasa pada voltan tertentu seperti 12 volt atau 9 volt, pastinya ianya adalah voltan DC. Tiada gunanya voltan AC kerana hanya alatan elektrik sahaja memerlukan voltan AC. Tetapi ianya masih menggunakan voltan DC yang telah ditukar dari voltan AC.

Voltan DC adalah voltan terus dan Voltan AC adalah voltan ulang alik. Kedua-duanya berbeza tetapi kedua-dua sifat ini boleh bertukar menjadi satu sama lain. Jika DC ditemui oleh Thomas Edison, AC pula diperkenalkan oleh Nikola Tesla. Itu termaktub dalam sejarah secara formalnya. Tetapi sebenarnya kita tidak ketahui peneroka asal kedua-dua unsur tersebut sedangkan pada zaman piramid pun penggunaan mentol lampu dan bateri DC telah digunakan.

Untuk menghasilkan voltan DC dari voltan AC (dari soket dinding rumah 240VAC) memerlukan litar pnerus dan litar pengatur voltan. Dari kata lain adalah litar bekalan kuasa. Sistem penerus adalah bahagian yang menukarkan arus ulang alik kepada arus terus. AC ke DC. Namun begitu jika kita fahami dari voltan 240VAC kita memerlukan satu peranti yang boleh menurunkan voltan kepada 12 volt DC. Bagaimana?

Untuk turunkan voltan 240VAC kita memerlukan transformer step down. Itu adalah asas. Sambungan 120VAC pada bahagian primer transformer, manakala keluarannya adalah dari bahagian sekunder yang mengeluarkan voltan 12 V. Namun begitu voltan keluaran 12 V masih lagi AC dan bukannya DC seperti yang kita mahukan. Oleh itu litar penerus diperlukan. Kebiasaan litar penerus mengandungi sejumlah diod sama ada 1 diod, 2 diod atau 4 diod, bergantung kepada kehendak litar. Yang terbaik adalah 4 diod yang dikenali sebagai penerus jenis tetimbang dan ianya lebih popular.

Pada keluaran diod, barulah terhasilnya voltan 12 vDC. tetapi ianya masih tidak tulen. Oleh itu ia memerlukan litar pengatur voltan yang mengandungi sejumlah kapasitor, diod zener, perintang kuasa atau IC pengatur voltan.

Oleh itu jika kita lihat pada diagram litar bekalan kuasa, pada masukan akan ditunjukkan simbol transformer. Jika tiada, kita perlu tahu ianya memerlukan satu transformer mengikut jumlah voltan yang hendaik dihasilkan. Berhati-hati dengan penggunaan voltan 240VAC. Ianya sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika tersalah langkah.

1 ulasan:

HAKIMI berkata...

Transformer yg digunakan jenis apa.Berapa lilitan.Dan dimana untuk mendapatkannya.Cara sambungan nya bagaimana.Saya ni tidak pernah gunakan transformer dan tidak tahu apa pasal nya.Tapi setahu saya ia ada 2 masukkan dan 2 keluaran.

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse