Ahad, 22 Mac 2009

Kursus Asas Rekacipta Elektronik

Setelah dipertimbangkan beberapa kali dan ramai juga yang menghantar email supaya diadakan kursus untuk rekacipta elektronik. Pada mulanya saya fikirkan untuk membuat kursus asas elektronik tetapi tajuknya terlalu formal dan sudah biasa didengari. Saya dan beberapa rakan kumpulan sudah berbincang mengenai perancangan ini dari tahun lepas tetapi saya banyak menolak idea ini dan berhasrat untuk menghasilkan buku dan modul pembelajaran sahaja.

Baru-baru ini saya terpaksa akur dan bersetuju setelah memikirkan silibus dan topik kursus didalam seminar kursus itu nanti. Ada beberapa email yang saya terima meminta saya untuk membuat kelas belajar elektronik tetapi jawapan saya adalah 'cadangan anda akan dipertimbangkan'. Dari perbincangan yang telah dijalankan, saya berhasrat untuk membuat satu kursus Asas Rekacipta Elektronik yang pertama dengan motonya menjana pendapatan lumayan melalui rekacipta.

Selain dari belajar cara-cara mudah untuk menghasilkan satu rekacipta elektronik, saya akan selitkan sekali kaedah untuk menghasilkan pendapatan melalui hobi rekacipta elektronik ini. Saya fikirkan ianya penting bagi membuka minda peminat-peminat rekacipta elektronik mengetahui bahawa hobi ini sebenarnya boleh enjadi sumber pendapatan tetap. Idea tersebut itu juga dipersetujui oleh rakan kumpulan saya dalam MyEnik.

Sebelum ini, saya dan ahli kumpulan mempunyai satu lab yang memberi khidmat membuat projek elektronik dan mengajar teknik-teknik untuk membuat litar projek elektronik secara personal dan ada juga secara kumpulan jika yang datang dari satu kumpulan. Kebanyakan yang hadir adalah terdiri dari para pelajar IPT dan IPTA. Hasrat saya memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat untuk mengetahui cara membuat projek dengan mudah, iaitu menggunakan teknik yanga saya praktikkan sehingga sekarang.

Pelbagai teknik dan juga bentuk projek yang saya berikan tunjuk ajar supaya mereka yang hadir boleh faham dan mengetahui untuk membuat projek selepas habisnya sessi tunjukajar dijalankan. Namun begitu, kini tiada lagi lab tersebut kerana saya dan ahli kumpulan tidak menyewa lagi sebab lokasi yang terlalu jauh yang menyebabkan saya selalu sampai di rumah 2, 3 pagi setiap hari. Tak larat. 

Kini cadangan saya untuk membuat kursus yang pertama akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Silibus dan topik juga sudah disediakan. Tempat juga telah disediakan iaitu di Kelab Darul Ehsan, Ampang, itu pun jika tiada sebarang perubahan yang berlaku. Selain itu juga, para peserta yang berjaya menghadiri kursus tersebut akan menerima sijil penyertaan dan barangan dari MyEnik seperti CD pembelajaran dan satu set modul rekacipta litar projek yang mengandungi komponen elektronik dan projek board untuk dipraktikkan di rumah. CD dan pakej projek rekacipta itu dibuat khas untuk kursus ini dan tiada dijual di mana-mana walaupun di laman web myenik. Pakej projek rekacipta mengandungi komponen elektronik, project board dan manual. Teknik pemasangan akan ditunjukkan di dalam kursus dengan projek lain semasa sessi amali. 

Jadi, kawan-kawan  semua boleh ambil peluang ini dengan menghadiri kursus Asas Rekacipta Elektronik yang akan diumumkan nanti. Khidmat selepas kursus juga diberikan sekiranya para peserta mempunyai persoalan dan masalah untuk membuat projek. Apa pun saya memerlukan dan sedang mencari feedback dari anda semua mengenai kursus ini sebelum ianya diumumkan tarikh kursus tersebut. 

6 ulasan:

HAKIMAH berkata...

saya ingin teramat2 untuk memasudki Kursus Asas Rekacipta Elektronik tetapi saya tingga di Kuala Terengganu.saya dah lama tunggu untuk belajar elektronik lebih memdalam lagi tapi tiada tenaga pengajar.......

Azrai berkata...

Jangan risau... insyaallah saya akan pergi ke setiap negeri. Kena tengok negeri mana yang ramai sambutan, saya akan segera ke sana.

HAKIMAH berkata...

Terima kasih..Lege rasanya...Azrai pernah datang tak ke Terengganu. Nanti kalu datang Kuala Terengganu datanglah rumah saya.Tak payah cari hotel, bermalam je di rumah saya, saya lebih suka kalu azrai bermalam di rumah saya...Bolehlah saya bawa azrai dan keluarga jalan2...........

Azrai berkata...

Tq... Saya biasa ke sana. Insyaallah... ada rezeki saya akan sampai lagi ke sana.

HAKIMAH berkata...

Insyaallah... Biasa ke mana buat apa.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah.. Tak sangka di malaysia ada web tempatan yang sedia berkongsi maklumat dan pengetahuan berkaitan elektronik. Setelah meninjau beberapa catatan dalam web tersebut saya rasa Azrai (kalau nama salah maaf ya) perlu mengikut perkembangan semasa, contoh penghasilan rekabentuk PCB menggunakan Komputer dan UV, projek berasaskan mikropengawal dan banyak lagi perlu diterokai. Tahniah sekali lagi dan teruskan cita-cita anda.....HAMA 2010

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse