Isnin, 23 Mac 2009

Bekalan kuasa ringkas

Dalam setiap litar projek atau apa saja litar elektronik, sistem bekalan kuasa adalah penting. Jika tiada, litar tidak akan berfungsi. Bergantung kepada kita juga yang tentukan samada ingin membuat satu litar bekalan kuasa ringkas atau pun yang lebih canggih dengan jumlah komponen yang banyak dan pelik-pelik. Ianya sama sahaja cuma beza dari segi kualiti keluaran yang dihasilkan.

Litar bekalan kuasa penting jika litar projek kita tidak menggunakan bateri dan menggunakan sumber kuasa seperti dari transformer. Seperti yang kita ketahui, sumber kuasa dari transformer adalah arus ulang alik (AC). Manakala untuk menghidupkan sesebuah litar memerlukan voltan terus (DC). Oleh itu litar bekalan kuasa yang terdiri dari litar penerus dan litar pengatur voltan diperlukan. 

Andaikata, satu litar projek menggunakan voltan 5 volt untuk beroperasi. Pada masa tersebut kita mempunyai unit bekalan kuasa tetap 12 volt dan satu bateri 9 volt. Jadi bagaimana untuk kita dapatkan sumber kuasa 5 volt? Adakah dengan sambungkan sahaja ke unit bekalan kuasa atau bateri 9 volt? Boleh. Asalkan anda mempunyai litar pengatur voltan seperti yang saya tunjukkan di bawah ini. Ianya litar mudah dan sangat berguna. Ia menggunakan satu IC yang berbentuk seperti transistor iaitu mempunyai 3 kaki. 
Jika kaki transistor terdiri daripada Base, Emitter dan Collector, kaki IC ini terdiri daripada In, Out dan Ground. IC ini adalah IC pengatur voltan (voltage regulator) yang dikali sebagai keluarga 78xx. Apakah 78xx ini? Dua nombor permulaan 78 adalah nombor tetap IC tersebut yang menentukan ianya terdiri daripada IC pengatur berkeluaran positif. Apabila anda lihat 78, maksudnya ia jenis IC regulator jenis keluaran positif. Apa pula xx di belakangnya? XX itu adalah nilai voltan keluaran. Contohnya seperti 7805 untuk keluaran 5 volt, 7809 untuk keluaran 9 volt, 7812 untuk keluaran 12 volt dan sebagainya.

Jadi bagaimana pula jika anda lihat 7910? Ianya juga IC voltage regulator yang mempunyai voltan keluaran 10 volt. Bezanya keluarannya adalah negatif. Bagaimana? Lihat pada nombor 79. Jika 78 untuk positif, 79 pula untuk negatif. Untuk tentukan nama-nama setiap kaki, saya anjurkan anda merujuk pada data sheed untuk IC ini.

Tiada ulasan:

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse