Sabtu, 3 Januari 2009

Proses mereka inverter untuk kenderaan

Pada masa sekarang ini terdapat banyak produk inverter untuk kederaan di pasaran. Semuanya mempunyai fungsi untuk kegunaan tertentu yang telah ditetapkan. Sebelum ini juga saya pernah membbuat dan mereka satu projek kincir angin yang boleh menjana voltan yang boleh menghidupkan lampu. Idea yang saya gunakan adalah menggunakan dinamo basikal sahaja dan ianya hanya boleh menghasilkan 12 volt sahaja. Itu pun jika pusingan dinamo laju dan bukannya perlahan.
Untuk itu saya reka satu litar inverter yang mampu menaikkan voltan kecil kepada satu nilai voltan yang besar. Apa yang berlaku memang boleh menjadi tetapi tidak seperti yang diharapkan. Voltan naik dengan tinggi tetapi arus tidak mencukupi untuk menghidupkan satu mentol 12 V. Jalan penyelesaian adalah menggunakan transformer yang betul yang mampu untuk menghasilkan arus yang besar dan mampu untuk menghidupkan mentol.

2 ulasan:

Chein berkata...

Kalau guna transformarr 100% efficiency dan voltage asal adalah 12V 500mA, selepas invert ke 24V, current akan tinggal 250mA, mentol berfilamen perlukan current tinggi,voltage rendah tak kisah. Plus transformer 100% efficient tak wujud, paling tinggi pun dlm 99.5% dan mahal gile. Suggest pakai LED, current guna pun tak byk.

Untuk penjana, sebagai pengganti dynamo, saya cadangkan guna 12v-24v brushed DC motor secara terbalik, Motor yang bagus untuk tujuan ini adalah yang ada banyak stator/rotor dan magnet yang circular. contohnya motor dari CD-ROM drive. Lagi byk stator/ rotor lagi tinggi voltage + current.

Satu lagi cadangan nak tingkatkan current ialah guna rechargeable battery (li-ion) untuk storage perantara, satu battery saiz AA Li-ion dapat release dlm 1500mAH-2500mAH bila disambung pula ke inverter/mentol.

Azrai berkata...

Betul tu chein. Guna motor dc memang boleh tapi still tak boleh hidupkan mentol filamen dan menyebabkan motor dc jem. Melainkan guna tambahan cicuit atau direct ke LED atau ada cara tersendiri (kaedah free energy). Transformer yang dikatakan tu memang mahal dan terpaksa guna cara lain dengan modify sama macam yang asal.
Nak tingkatkan current memang betul boleh guna bateri boleh cas atau guna litar regulator yang mempunyai transistor by pass untuk tingkatkan current yang kita nak.
Terima kasih Chein.

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse