Search for electronic here

Litar sensor keluar masuk

Posted by Blog MyEnik

Seperti juga litar projek sistem pembasuh tangan automatik atau pun litar pengesan infrared, litar projek yang saya terangkan ini juga sukar untuk berfungsi dengan betul. Seperti yang pernah saya terangkan dahulu, kesilapan utama adalah penggunaan komponen yang tidak mengikut kehendak diagram litar.


Selain itu juga pelarasan (setting) litar yang telah siap juga perlu diutamakan. Pelarasan ini termasuklah kepada calibration kefungsian litar dan juga beberapa faktor luaran perlu diambil kira juga.

Litar yang saya maksudkan adalah litar projek sensor keluar masuk. Terdapat dua versi litar ini. Versi pertama jumlah komponennya banyak dan saya kuatiri peratusan projek gagal adalah tinggi. Versi kedua jumlah komponen sedikit tetapi fungsi litar lebih bagus dari versi pertama.


Namun begitu, kali pertama saya bina litar ini banyak kali mengundang kedukaan. Bagi saya itu bermakna projek saya gagal. Tapi kegagalan tersebut memerlukan sebab. Jadi saya cari sebab mengapa gagal. Akhirnya baru tahu ia berpunca kerana setting yang kurang tepat. Kepada anda yang mengalami masalah sama seperti saya, cuba berulang kali periksa kesilapan yag mungkin akan berlaku tanpa disedari.

1 komen:

  1. HAKIMAH berkata...

    saya peminat setia MYENIK.... setiap hari buke blog MYENIK.... tetapi yg sye x puas hati, semue ciptaan MYENIK tidak memberitahu kopelen2 yg digune dlm sesuatu ciptaan elektronik dan lukisan skematik tidak jelas.... sye brharap semue ciptaan blog MYENIK memberitahu kopelen2 yg digune kn dlm sesuatu ciptaan dan lukisan skematik lebih jelas... ni akan memudah kan peminat blog MYENIK membuat ciptaan MYENIK...OK (SELAMAT TAHUN BARU)............