Isnin, 24 Mac 2008

Membuat Penyambungan Litar

Untuk membuat penyambungan litar lain kepada litar projek yang asal memang agak susah dan pening. Itu pun kalau tak biasa buat memang susah sikit. Untuk memudahkan kerja, buat lakaran di atas kertas dahulu dan fahamkan lakaran tersebut. Contoh seperti membuat penyambungan motor pam air kepada relay pada litar projek. Perkara sebegini memang banyak sekali saya terima pertanyaan.Konsep relay adalah sama seperti sebuah suis. Guna konsep tersebut untuk membuat penyambungan kepada alatan lain. Lihat contoh seperti litar atas ni. Untuk litar tersebut relay dibuat penyambungan kepada mentol lampu. Konsep yang sama juga dilakukan untuk alatan yang lain. Cuma bezanya adalah penggunaan voltan bagi alatan yang hendak disambungkan. Litar di atas mentol menggunakan punca voltan yang sama dengan litar. B

agi mengawal alatan elektrik, punca voltan adalah 220VAC. Jadi buat penyambungan kepada punca voltan tersebut dan bukan terus ke voltan litar. Kebanyakan dari anda semua sangat susah untuk membuat penyambungan kepada relay untuk alatan atau litar lain. Normal la tu. Dahulu pun saya mula-mula agak keliru. Lepas banyak buat latihan dan ulangkaji, Alhamdulillah boleh faham. Bnayakkan buat percubaan.

Jika berlaku kesilapan atau tak menjadi, itu tidak mengapa. Lagi bagus sebab boleh belajar dari kesilapan. Buat pemerhatian sedikit dan cuba fahami laluan penyambungan yang dibuat. Insyaallah OK.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Syahira berkata...

salam.. sy sebenar nya berminat nak bt projek elektronik ni..sy faham setiap fungsi komponen cuma sy kurang faham ms bila perlu guna resistor, capacitor dan komponen lain dlm sesuatu litar.. sbb setiap komponen tu ada nilai sendiri.. harap dpt terangkan dengan lebih lanjut mcmana nak hasilkan litar..

alang berkata...

salam...nk tanye ckit...
boleh x tergkn sambungan relay dan bekalan 240v?

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse