Rabu, 26 Mac 2008

Membuat PCB dengan mudah

Dengan adanya teknologi canggih seperti komputer dan printer, kerja untuk membina PCB agak mudah dan cepat. Itu pun bergantung kepada skill masing-masing dan juga kemampuan. Saya berminat sangat dengan membina PCB sendiri dan hampir setiap minggu pasti ada 1 atau lebih projek PCB yang telah saya buat.

Namun begitu walaupun adanya teknologi terkini, saya lebih suka dengan kaedah manual. iaitu denga menggunakan kerja tangan tanpa perlu guna peralatan komputer, software dan printer. Bagi saya ianya mudah (mungkin sebab saya sudah biasa dengan kaedah tersebut). Sebagai contoh saya mengambil masa kurang 6 jam untuk menyiapkan 3 PCB litar Sistem Pembasuh Tangan Automatik. Manakala kurang dari 2 jam untuk 1 PCB litar projek sistem sensor. Semua tempoh berkenaan termasuk dengan kerja pemasangan dan pematerian komponen.

Lihat seperti gambar di bawah ini. Teknik yang saya gunakan adalah teknik penampalan lettering dan teknik maker. Semua cara ini mesti melalui proses penyurihan diagram litar di atas kertas.

Gambar di atas menunjukkan proses penampalan lettering dibuat terlebih dahulu. Biasanya saya membuat agakan sendiri tanpa perlu membuat tanda di atas PCB. (Amaran! Jangan Cuba Cara Saya Ini Jika Tidak Boleh Membuat Andaian Jarak Kaki Komponen.) Paling tidak pun buat tanda guna pensel terlebih dahulu SEBAB... sebab jika tersilap anggaran jarak kaki komponen, komponen yang hendak dipasang sudah tidak ngam atau sengat, atau terbalik atau kaki komponen terpaksa dibengkokkan dan ianya nampak tidak cantik atau nama lainnya adalah buruk.


Kemudian lukis laluan litar seperti dalam gambar sebelah ini. Guna marker PCB sahaja. (AMARAN! Jangan Guna Marker Lain Selain Dari PCB Marker). Marker ini kalis air dan pekat. Jika guna marker lain, besar kemungkinan kurang menjadi atau PCB rosak pada laluannya atau tidak pekat atau mudah terguris atau tidak kalis air. Satu lagi yang penting adalah PCB Marker ini sangat mudah rosak atau kering JIKA terlalu lama terbuka atau melakukan kerja slow motion. Skill yang perlu ada adalah boleh menghafal laluan litar yang hendak dilukiskan. Pastikan laluan yang hendak dilukis adalah sekali surihan sahaja. Sebab proses seterusnya adalah menebalkan dan mencantikkan laluan litar yang dilukis tadi.
Seperti gambar di sebelah kanan pula adalah proses setelah menebal dan mencantikkan laluan mengikut sesuka hati saya. Jika saya nak buat corak batik pun boleh. Apa yang saya lukis nanti akan menjadi gambaran yang sama setelah proses eching dilakukan. Pada mula saya mencuba buat PCB ini, saya melukis beberapa garisan lurus menggunakan pembaris. Keadaannya sungguh tidak memuaskan hati dan nampak tidak cantik. Jadi saya guna free hand untuk melukis laluan litar pada PCB. Jika rasa rajin, saya akan lukis betul-betul seperti PCB TV atau yang dibuat dikilang. Apa pun yang penting litar mesti berfungsi dengan baik. Jadi cara yang sama saya guna untuk buat 3 PCB yang sama. Sebab nak buat projek sistem pembasuh tangan automatik sendiri.

Stelah siap membuat kerja tangan di atas PCB, tibalah masa untuk proses eching. Proses eching ambil masa 15 ke 20 minit untuk siap. Bergantung kepada suhu asid dan juga kepekatan bahan kimia tersebut. Teknik kocakan juga penting. Seperti juga sama dengan teknik mendulang. Setelah itu tebuk lubang denga drill dan buat pemasangan komponen. Setelah 6 jam, 3 litar telah berjaya disiapkan. Termasuk dengan pengujian litar sekali.
Walaupun kerja yang saya tunjukkan ini nampak mudah, sebenarnya ia sangat merumitkan seperti kerja lakaran dan surihan di atas PCB. Ketahanan mental dan fizikal kedua-duanya penting digunakan. Jika tidak ia boleh melemahkan semangat. Jangan ambol mudah dengan kerja seperti ini. Jika anda berminat, sudah pasti tiada yang mustahil. Jika rasa kerja ini mudah walaupun anda belum mencubanya, saya nasihatkan untuk anda mencubanya sekali. Selamat mencuba!

3 ulasan:

luqman berkata...

Nampaknya saudara dah upgrade web anda ye. Dh ade blog lak tu..Keep up da good work. Teruskan penyebaran ilmu elektronik ni. X ramai orang malaysia yang buat web teche. Semua asik buat web internet marketing je Maybe kita leh wat JV in future..huhu..=)

Azrai berkata...

Memang betul tu Luqman. Saya harap ada banyak lagi web site seumpama ini pada masa akan datang. Nak JV pun boleh saya terima dengan hati terbuka...

ZEZ berkata...

Keep it up bro..

Godek Blog

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse