Rabu, 12 Disember 2007

Simple Power Supply

Untuk menguji satu litar projek yang telah siap dipasang mestilah ada punca bekalan kuasa atau power supply. Sama ada guna bateri 9 volt atau guna unit bekalan kuasa yang disambung pada punca voltan AC240V. Ingat! sambung terus 240VAC pada plug soket dinding adalah dilarang dan sememang-memangnya tak boleh. Akibatnya pasti litar tersebut akan meletup dan rosak teruk. Untuk mengatasi masalah ini buat satu unit bekalan kuasa atau guna bateri 9 volt. Anda boleh buat power supply sendiri seperti rajah bawah ini.

Kalau diperhatikan pada diagram litar ia menggunakan sedikit saja komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi tertentu. IC1 anda boleh tukar dengan nombor lain seperti 7812, 7809, 7824 atau jika anda ingin guna voltan tetap 5 volt IC 7805 perlu digunakan. Perhatikan dua nombor akhir mewakili voltan keluaran. Jika anda inginkan voltan tetap 12 volt, anda perlu guna IC 7812. Apa-apa pun voltan yang anda suka boleh anda pilih pada senarai IC tersebut asalkan voltan masukan perlu lebih dari voltan yang anda inginkan. Sebagai contoh untuk hasilkan voltan dc 9 volt, voltan masukan perlu lebih dari voltan yang diinginkan seperti 12 volt atau 10 volt DC. Voltan masukan perlulah DC (arus terus). Jika anda ambil punca voltan dari transformer, pastikan anda tukarkan voltan AC kepada DC dengan membina litar penerus atau tambah diod saja.
Jika anda perlukan satu unit bekalan kuasa yang lebih selamat, anda hanya perlu membelinya satu unit untuk simpanan peribadi anda.

Tiada ulasan:

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse