Selasa, 11 September 2007

Membina litar projek

Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai teknik membina litar projek di atas PCB. Untuk membina litar projek di atas PCB memerlukan pelbagai langkah demi langkah bagi menyempurnakan dengan sempurna keseluruhannya. Tidak seperti penggunaan veroboard atau stripboard kerana ianya lebih mudah. Penggunaan stripboard tidak memerlukan teknik asid eching. Hanya kepada kerja pemotongan track sahaja.

Untuk menghasilkan PCB, kerja penyurihan terlebih dahulu dilakukan. Terdapat pelbagai cara penyurihan, samada menggunakan teknik UV, atau pun teknik tonner transfer, atau juga dengan teknik lettering. Salah satu kaedah paling cepat tetapi sangat leceh adalah dengan menggunakan PCB marker. Bagi saya, pilihan yang paling saya suka adalah dengan kaedah campuran lettering dengan PCB marker.

Lihat contoh seperti gambar di sebelah ini. Teknik yang paling saya minati adalah teknik lettering dengan PCB marker. Ianya lebih cepat. Walaupun begitu, ada juga teknik yang lebih cepat dari itu seperti teknik UV. Namun papan PCB untuk kaedah UV agak mahal berbanding PCB biasa.
PCB biasa terdiri daripada beberapa jenis. Pilihan saya adalah PCB jenis fiber kerana ia lebih kelihatan cantik dan tracknya mudah dilihat dari permukaan atas PCB yang telah siap. Selain itu juga ia mempunyai texture yang kelihatan cantik dan kemas apabila semua komponen sudah dipasang.
Cuba lihat contoh litar projek yang telah siap dipasang di atas PCB jenis fiber. Boleh nampak laluan track di bahagian bawahnya dari pandangan permukaan atas PCB. Sebelum saya terlupa, pastikan anda membuat surihan di atas kertas dahulu sebelum membuat surihan sebenar di atas PCB. Surihan di atas kertas adalah sebagai rujukan semasa membuat surihan di atas PCB.

Jadikan aktiviti membina PCB satu aktiviti yang menyeronokkan di masa lapang. Pastikan keselamatan diri semasa melakukan kerja asid eching kerana penggunaan bahan kimia beracun. Guna sarung tangan getah dan pelindung mata untuk keselamatan maksimum.



2 ulasan:

insan berkata...

Salam Ramadhan dari akram..
Memandangkan sekarang ni bahan-bahan tidak mencukupi terutamanya letering (di kelantan susah dah nak jumpa) untuk meneruskan projek, jadi apakah cara terbaik yang patut digunakan supaya projek yang dirancang dapat diteruskan.. minta respon.

p/s : saya ada dengar gak orang buat litar pakai marker pen, macam mana tu, boleh terangkan skit macam mana penggunaannya?

Mohd Azrai berkata...

Ada banyak cara yang boleh guna. Salah satu cara yang saya suka dengan guna PCB marker campur dengan lettering. Saya guna PCB marker untuk buat line dan lettering untuk buat tapak kaki komponen.
Saya ni orang seni juga (he he he) so melukis guna PCB marker tak jadi masalah, malah saya lebih suka. Saya akan lukis cantik-cantik sampai jadi macam bukan guna PCB marker.
Guna marker biasa tak jadi dan tidak kemas. Guna marker untuk label cd boleh juga tapi perlu tebal dan pekat. Saya shorkan guna PCB marker tapi harganya agak mahal sikit hampir RM7. Tapi boleh guna lama. Nanti saya terangkan dalam blog cara guna PCB marker sebab kalau silap sikit PCB marker boleh rosak dan kondem.

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse