Jumaat, 14 September 2007

Geganti itu adalah Relay

Kali ini saya ingin memberi penjelasan mengenai relay atau pun geganti. Kita biasa menyebut relay. Tapi sebutan bahasa kita adalah geganti. Kedua-dua istilah ini adalah sama maksudnya. Jadi jangan risau mengenai istilah relay atau geganti.



Relay adalah sejenis peranti separa mekanikal dan separa elektronik. Ia adalah sejenis suis. Relay tidak menjana sebarang voltan apatah lagi sebarang arus. Seperti juga satu suis biasa, relay juga bertindak seperti suis. Suis yang boleh disamakan dengan relay adalah suis dua hala.

Relay terdapat 5 kaki tidak seperti suis dua hala biasa yang ada 3 kaki dan manusia normal ada 2 kaki. 3 kaki untuk binaan suisnya dan 2 kaki lagi adalah sambungan ke punca voltan. 2 kaki yang disambung pada punca voltan adalah coil atau gegelung yang terdapat di dalam relay. Ia bertindak sebagai magnet menarik plat besi.

Jika dilihat pada suis biasa, kita menggunakan tangan untuk menggerakkan butang atau slide suis tersebut. Bagi relay, gegelung atau coil yang menggerakkan plat besi yang sama seperti butang atau slide suis. Kaki gegelung pada relay tiada polariti positif dan negatif.

Untuk penyambungan kaki relay dengan litar lain seperti litar lampu atau kipas, sambungkan pada kaki Common dan Normally Open. Atau pun pada kaki Common dan Normally Closed. Pilih salah satu. Untuk tujuan menghidupkan alatan, pilih cara pertama dan jika mahukan alatan dimatikan apabila relay ON, pilih cara kedua. Pastikan alatan yang disambung disertakan dengan punca voltan kuasa. Ala... macam sambungan suis juga la...


Jadi bagaimana kalau ada relay yang lebih dari 5 kaki seperti 8 kaki tu? Jawapannya, sama je macam relay 5 kaki. Maksudnya 5 campur 3. Yang tambahan 3 kaki tu adalah suis yang kedua. Ia bertujuan untuk mengawal dua alatan atau litar. So boleh faham ye. Lepas ni jangan ada yang salah anggap dengan relay lagi. Terima kasih.

2 ulasan:

AMNAH HAMZAH berkata...

akum..bagus jugak blog ni berguna untuk saya yang tgh cari info utk ngajar elektronik.
tp xcukup byk la.ada x info tentang filter phi,filter L dan filter pearuh.kalau ada ia agak membantu saya tq

rocksaksa berkata...

baguih gak blog nih.

Hubungi saya

Sila guna borang ini untuk tujuan pertanyaan atau tempahan projek.

Html form powered by 123ContactForm.com | Report abuse