Search for electronic here

Kuasa magnet

Posted by Blog MyEnik

Kehebatan kuasa magnet belum dapat dirungkaikan lagi sehingga sekarang. Malah tenaga yang dihasilkan juga memeningkan kepala para saintis seluruh dunia. Ianya amat misteri sehingga sekarang belum ada jawapan. Pelbagai teori terhasil berkenaan dengan kehebatan kuasa magnet.

Magnet kekal boleh dijana mengikut kehendak hati. Manakala magnet sementara boleh dijana sesuka hati. Kehebatan magnet boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Malah setiap hari kita menggunakan tenaganya untuk apa juga aplikasi. Boleh menjana tenaga elektrik dan menjana tenaga-tenaga lain yang kita ketahui dan tidak ketahui.

Magnet, elektromagnet menghasilkan satu bentuk atau corak tenaga. Pada masa sama menghasilkan gelombang. Jika dikaji mendalam ia boleh menghasilkan satu daya yang sifar yang kita tidak ketahui dan sukar untuk mencapainya. Jika ianya boleh dicapai sudah tentu tahap teknologi manusia di bumi ini sudah terlalu maju. Tetapi ia boleh mengganggu tahap daya tahan badan manusia dan juga alat elektrik yang kita guna selalu seharian. Ianya bahaya.

Jadi bagaimana untuk menjana daya sifar? Secara teori ianya benar. Tetapi secara amalinya sangat sukar untuk dilaksanakan kerana kehilangan ilmu yang sepatutnya kita tahu. Di manakah ilmu tersebut? Ada pada seseorang yang hanya beliau atau mereka yang tahu. Ilmu tersebut terlalu mahal dan tidak ternilai. Malah jika disebarkan, kita belum boleh menerimanya kerana kemampuan otak kita yang terhad. Albert Einstien pun separuh jalan memiliki ilmu tersebut. Manakala Prof yang cacat itu pun (lupa nama dia) tidak mampu meneruskan teori lama Einstien sehingga jatuh sakit.

Satu pusingan sesuatu daya medan magnet beribu-ribu pusingan sesaat boleh menghasilkan satu daya misteri yang sukar untuk dihuraikan kerana belum pernah terjadi di kalangan manusia secara terang-terangan. Tanpa disedari manusia misteri secara senyap-senyap sudah menghasilkannya. Dengan konsep daya magnet, pelbagai tenaga dan gelombang terhasil. Oleh itu terjadinya anti-graviti yang mana ramai saintis sekarang mencari jalan untuk menjananya. Sedangkan saya bagai tidak percaya para saintis NASA tidak mampu untuk menghasilkan stimulasi graviti untuk stesen angkasanya. Inikan pula menghasilkan antigraviti secara senyap.

Jadi apakah kehebatan magnet yang selalu digunakan sekarang ini yang kita tahu dan kita tidak hiraukannya. Magnet boleh menjana tenaga elektrik, tenaga graviti, tenaga antigraviti, menjimatkan arus elektrik, menjimatkan petrol, menyihatkan badan dengan mengatur darah, menghilangkan sakit, menghantar gelombang, membunuh manusia dan kehidupan, merosakkan alatan elektrik, menghasilkan black hole, menghasilkan 4 dimensi dan sebagainya yang mempunyai banyak misteri yang belum disingkapkan.

Alien teknologi menggunakan kaedah magnet sebagai salah satu teknologi mereka. Gelombang yang terhasil boleh menghasilkan tenaga haba yang besar dan mengeluarkan warna-warna tertentu untuk setiap frekuensi. Logam tambahan yang digunakan juga adalah merkuri bertindak untuk menghasilkan beribu-ribu pusingan sesaat. Lemahnya kita tidak mampu buat. Teknologi yang mudah tetapi susah bagi umat manusia.

Sila kaji pada Thomas De Edison dan Nikola Tesla. Apakah kaitan mereka dengan konsep magnet. Bagaimana Tesla menghasilkan tenaga elektrik secara wireless dengan menara gegelungnya. Perhatikan juga apakah alatan yang telah Edison cipta. Adakah berkaitan dengan magnet? Ujikaji saya seterusnya berkaitan dengan magnet untuk dimuatkan dalam projek free energy. Secara terio 100% berjaya. Secara praktikalnya sudah 70% berjaya.

Jika anda suka menonton filen sains fiksyen barat seperti filem Back to the Future, anda mungkin perasan satu peranti penting yang terdapat di dalam kereta Prof gila tu? Kecil sahaja yang mempunyai 3 jalur merah menyala. Itulah bentuk alat antigraviti sebenarnya. Tetapi di dalam filem ia sudah jadi alat jangkauan masa. Pernah tengok filem Ironman? Dari tenaga reaktor menghasilkan free energy. Sangat menarik. Antara filem yang ada kebenarannya. Jadi filem mana lagi yang benar maksudnya? Jurney to the centre of the earth. Bagaimana pula dengan filem 2012? Tidak benar tetapi ada agenda tersembunyi yang berkaitan dengan black hole di Perancis. Apa pun Allah lebih Maha Mengetahui.

Wallahualam.

Free Energy bukan satu angan-angan

Posted by Blog MyEnik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama menghilangkan diri sibuk dengan pelbagai tugasan, kerja dan projek luar membuatkan saya terpinggir dari blog ini. ramai yang bertanya ke mana saya menghilang. Malah ada yang tidak menghiraukan. Bagi saya tidak perlu untuk dirisaukan. Saya melalui banyak tugas dan kerja yang berkaitan dan tidak berkaitan langsung dengan kerjaya saya sekarang. Tetapi semua ini saya jadikan satu titik rujukan dan pedoman untuk masa hadapan.

Sebelum ini saya dan rakan sejawat pernah memikirkan untuk menghasilkan satu produk dan idea free energy. Ianya sudah lama difikirkan dan di perbincangkan. Malah ianya diperdebatkan kerana istilah free energy membuatkan pelbagai persoalan timbul. Bagi saya ianya tiada masalah timbul sehinggakan ada yang rasa ragu-ragu dengan istilah tersebut. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang lain ahli pintar dalam bidang rekacipta iaitu Brader Sham Hydrogen yang mempunyai idea untuk produknya tersendiri. Namun pemikiran beliau hampir sama dengan saya dan rakan dan berbincang mengenai free energy.

Saya dan rakan tetap meneruskan idea tersebut dan ujikaji sentiasa berjalan. Hasilnya sudah 70% hampir siap. Saya yakin ianya berjaya dan pasti akan mengundang pelbagai masalah kepada sesetengah pihak tertentu. Tiada masalah yang tidak disertakan penyelesaian. Jadi saya telah memikirkan akibatnya dan cara penyelesaiannya. Seperti kata-kata Sham Hydrogen, adalah lebih baik dijadikan untuk kegunaan sendiri. Malah beliau sendiri mencubanya sendiri dan tidak menjualnya secara komersial.

Dalam mencari kaedah free energy ini, saya lebih gemarkan menjurus kepada 'teknologi alien'. Tenaga elektrik adalah sifar, penggunaan petrol juga sifar dan perbelanjaan juga sifar. Jadi ramai yang akan terbayang sesuatu. Bagaimanakah jika ianya benar-benar tercipta dan berlaku? Ya, ianya sudah tercipta dan berlaku berkurun lama. Malah usianya menjangkau berjuta ribu tahun. Kini ianya kembali atau... kita sudah ketinggalan jauh akan teknologi ini. Anggaplah kita sudah lama ketinggalan jauh. Terlalu besar ilmu teknologi yang masih belum diterokai lagi.

Jika idea ini terlaksana, ianya masih belum boleh diperhebahkan selagi mana saya perlu meminta izin dari pihak berkuasa atau kerajaan akan konsep free energy ini. Di negara lain selain Malaysia sudah terjadi tetapi kebanyakannya tidak mendapat persetujuan. Walaupun masyarakat menyukainya. Ini boleh menggugat organisasi dan ekonomi. Ramai yang berminat hampir 100% tetapi saya suka guna untuk diri sendiri.

Jadi konsep free energy ini ramai yang tidak tahu. Kalau ada yang kata tahu, sebenarnya mereka salah kerana di sekolah dan universiti mengajar mereka perkara yang sama. Selebihnya mereka perlu berfikir dan mengkaji.

Wallahualam.

p/s: Saya sudah kembali semula

Selamat menyambut ramadhan

Posted by Blog MyEnik

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua? Kepada yang bertanya khabaran saya, saya sihat dan agak sibuk dengan kerja-kerja yang tidak kena-mengena dengan myenik atau seumpamanya. Namun begitu saya mempunyai masa sedikit untuk menumpukan kepada myenik dan beberapa projek elektronik. Terima kasih kepada anda yang bertanya khabar dan ada juga yang bertanya ke mana saya pergi sebab sudah lama tidak update blog myenik ini. Tambahan pula laman web myenik juga sudah tiada lagi buat sementara waktu.


Kemunculan saya adalah untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga anda semua dapat mengharungi Ramadhan ini dengan hati yang gembira dan semoga Allah memberikan Rahmat dan kebaikan kepada kita.

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Nilaian unit kapasitor

Posted by Blog MyEnik

Untuk mengetahui nilai kapasitor pada komponen kepasitor adalah dengan membaca tulisan pada komponen tersebut. Tidak seperti perintang yang mewakili warna kod tertentu untuk nilai rintangan tertentu. Bagi kod transistor ia tertera pada badan transistor tersebut. Begitu juga dengan IC.

Membaca nilai kapasitor adalah mudah jika kita tahu teknik membacanya. Sama juga dengan kod warna perintang. Pada senarai di bawah ini anda boleh cuba lihat nilai- nilai seperti mikro Farad, nano Farad dan piko Farad. Ketiga-tiga nilai ini sebenarnya sama jika dilihat pada perbezaan titik permuluhannya. Pada penghujungnya adalah kod yang tertera pada komponen. Contohnya seperti 1µF, kod yang tertera pada komponen adalah 104. Jika anda sukar memahami pengiraan untuk membaca nilai kapasitor, anda hanya perlu ingat ini di dalam kepala. Di bawah ini adalah senarai yang biasa digunakan. Untuk nilai yang lain jika tiada terdapat di dalam contoh di bawah ini, anda hanya cari bilangan digit yang sama. Contohnya seperti 20, 34, 74 dan seterusnya.

Nilai piko = nilai nano = nilai mikro = kod tertera
100pF = 01nF = 0.0001uF = 101
220pF = 0.22nF = 0.00022uF = 221
4700pF = 4.7nF = 0.0047uF = 472
10000pF = 10nF = 0.01uF = 103
330000pF = 330nF = 0.33uF = 334
1000000 = 1000nF = 1uF = 105

Nilai kapasitan yang ditunjukkan di atas adalah untuk kapasitor tidak berkutub atau tiada polariti. Untuk kapasitor berkutub jenis elektrolitik tidak perlu contoh di atas. Nilai yang diberikan ditunjukkan pada badan komponen tersebut.

Terdapat juga alat pengukur yang boleh menentukan nilai kapasitan seperti multimeter yang mempunyai julat kapasitan. Alat paling canggih waktu ini pun adalah twizzer elektronik yang boleh memegang komponen kecil dan mengukur nilai kapasitan sekali. Harga pun boleh tahan juga dalam RM1000++.

Pada topik akan datang pula saya akan sentuh cara paling simple dan murah untuk uji kapasitor. Saya akan sentuh sekali jenis-jenis kapasitor yang perlu anda ketahui beserta dengan kegunaannya sekali.

Pengesan Logam

Posted by Blog MyEnik

Untuk menghasilkan pengesan logam memerlukan setting yang betul betul dan juga paling penting sekali adalah lilitan gegelung yang memerlukan pengiraan yang betul. Selain itu komponen lain juga perlu diikuti dengan betul-betul. Apabila dikatakan dengan projek pengesan logam, ianya berkaitan dengan frekuensi. Jika di lab mempunyai osiloskop, bolehlah dilihat bentuk gelombang pada gegelung yang memancar dan juga yang menerima.

Setiap pengesan logam mempunyai frekuensinya tersendiri dan juga cara penghasilan litar juga berbeza. Dari segi pembinaan gegelung pula berbeza dari satu ke satu yang lain. Perbezaannya menyerupai beberapa bentuk seperti bulat, dua bulatan yang disamakan, dua bulatan yang bedekatan, bentuk bulan sabit, dan sebagainya. Bagi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan adalah berbentuk bulatan seperti yang saya tunjukkan.

Segulung gegelung tembaga ini disertakan atau disatukan kedua-dua gelung pemancar dan penerima. Kemudian kedua-duanya diikat dengan kuat-kuat. Tapi sebelum itu pastikan kedua-dua gelung ini berhasil dan diuji fungsinya. Nilai kapasitor dan juga bilangan lilitan gegelung menentukan keberkesanan litar. Manakala gegelung juga perlu ikut diameter dan juga saiz tembaga tersebut.

Bagi sesetengah litar tidak mengikut syarat yang ditetapkan dan ada juga sesetengah litar yang mengharapkan saiz dan juga ukur lilit yang tepat. Saya menghasilkan satu pengesan logam untuk satu kumpulan pencari harta karun dan emas dan memerlukan jarak pengesan yang dikehendaki. Bagi saya jarak pengesanan logam tidak perlulah melebihi satu kaki. Seeloknya kurang sikit dari satu kaki. Melainlah jika anda sanggup untuk menggali tanah sedalam melebihi satu kaki atau sehingga enam kaki.

Bagi litar yang menggunakan satu gegelung, hablur digunakan atau satu gegelung gandingan diperlukan. Gegelung gandingan tidak perlu dibuat kerana ianya siap untuk dibeli di kedai. Satu cabaran untuk hasilkan litar ini kerana gangungan frekuensi mungkin berlaku hanya dengan sedikit perubahan komponen dan juga susunnya.

Sensor pengukur tahap air

Posted by Blog MyEnik

Saya ada menerima beberapa permintaan untuk membuat projek pengukur paras air sejak dari dua tahun dahulu sehingga sekarang. Litar yang digunakan adalah satu sahaja dan ianya dihasilkan dengan beberapa versi mengikut kegunaan. Seperti litar-litar yang biasa digunakan ia memerlukan sensor yang boleh mengukur dan menentukan paras air yang hendak diukur. Sensor yang paling mudah adalah dua batang mengalir yang di masukkan ke dalam air yang hendak diukur.


Kedudukan batang pengalir tersebut perlu disusun dengan ukuran tertentu bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada proses pengukuran tersebut. Manakala litar yang digunakan adalah ringkas dan mudah sekali dibina. Ianya semudah menggunakan satu transistor sahaja. Manakala litar yang agak rumit pula menggunakan satu IC 14 kaki dan beberpaa kompnen lain yang menampakan litar tersebut kompleks.

Encik Fareed pernah menganjurkan saya untuk merekakan satu alat pengukur air untuk tabung hidrogen ciptaannya. Jika digunakan alat pengukur menggunakan sensor biasa iaitu dua batang logam dimasukkan ke dalam tabung air, masalah mungkin akan berlaku untuk jangka masa agak lama. Ini kerana penggunaan sensor seperti itu akan menyebabkan berlaku hakisan atau pun karat walaupun ianya berlaku dalam masa agak lama.

Oleh itu saya cuba hasilkan satu alat pengukur menggunakan infrared yang mampu mengukur tahap paras air tanpa perlu menyentuhnya. Konsep utama adalah mengukur tahap air dengan pancaran infrared dan dipantulkan semula dari permukaan air sehingga ke penerima infrared. Setelah beberapa litar dipilih dan dibuat ujikaji sebelumnya, ia menampakkan hasil tetapi tidak seperti yang diharapkan pada perancangan. Pancaran infrared tidak memantulkan 100% pancarannya pada permukaan air yang jernih dan ini menyukarkan hasil yang diperolehi.
Litar asalnya dibuat modifikasi menjadikan ia boluh mengukur sehingga tiga tahap iaitu tahap penuh, sederhana dan kurang dengan tiga warna LED yang berbeza. Untuk mendapatkan hasil pantulan yang sempurna, kepingan pelampung nipis digunakan sebagai pemantul tahap air. Ianya sesuai untuk kaedah ini tanpa berlaku sebarang gangguan pada sensor. Namun pun begitu saya telah berulang kali membuat kaji sedikit mengenai jenis sensor yang sesuai digunakan. Saya menemui sensor jenis fototransistor yang berwarna hitam sepenuhnya. Tetapi harganya agak mahal berbanding sensor infrared receiver jenis LED.

Setelah siap membina litar yang direka khas, masanya untuk buat setting yang betul untuk setiap peringkat pengukuran. Oleh itu satu contoh tabung saya buat dengan botol plastik dengan kepingan pelampung. Encik Fareed memberitahu bahawa jarak pengukuran tidak terlalu jauh dan hanya lebih sedikit satu inci sahaja. Oleh itu saya buat pelarasan setiap LED untuk jarak satu inci sahaja. Diagram litar boleh dilihat seperti yang saya sertakan ini.

Projek ini dibuat untuk keadaan tertentu seperti yang Encik Fareed mahukan. Selain itu juga projek ini boleh digunakan untuk projek-projek yang lain. Tetapi bagi saya projek pengukur paras air seperti guna sensor pengalir adalah lebih popular. Bagi saya untuk hal seperti dimasukkan ke dalam tabung hidrogen rekaan Encik Fareed, saya rasakan ianya sesuai untuk cara terbaru ini kerana ia tidak menyentuh air. Satu lagi kejayaan Encik Fareed menggunakan air yang boleh menukarkan kepada hidrogen untuk dicampur dengan petrol kenderaan dan seterusnya memberi penjimatan berganda kepada penggunaan pertol kenderaan.

Jadual yang padat

Posted by Blog MyEnik

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kembali saya sekali lagi setelah lama tidak update blog ini. Buat pengetahuan member semua saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara di lab dan juga di luar lab. Begitu juga dengan hal-hal luaran yang perlu saya selesaikan. Oleh itu jadual saya terlalu padat sehinggakan saya sangat jarang dan tiada masa yang lama di online.
Untuk masa akan datang ini juga saya belum boleh pastikan lagi saya mempunyai masa secukupnya untuk blog Myenik ini. Begitu juga dengan laman web MyEnik yang sudah tidak beroperasi lagi untuk sementara waktu (belum tahu lagi bila waktunya) atas sebab-sebab tertentu seperti waktu rehat untuk myenik dan juga sedang membuat persediaan projek akan datang.

Perjalan agak perlahan kerana saya perlu uruskan beberapa urusan lain lagi. Walaubagaimana pun kepada member-member hanya perlu lawati blog MyEnik ini sahaja untuk dapatkan maklumat-maklumat dan juga info kegiatan saya. Selain MyEnik member boleh menjenguk terus ke blog peribadi saya sendiri.

Diharap selepas ini member-member saya boleh terus melawati blog ini untuk dapatkan maklumat-maklumat yang boleh membantu member semua.

Transformer

Posted by Blog MyEnik

Salah satu komponen yang penting dalam membina unit bekalan kuasa. Walaupun ianya simple tetapi jangan ambil mudah dengan komponen ini. Transformer atau pun pengubah adalah komponen yang berupaya mengubah nilai voltan sama ada nilai naik atau pun nilai menurun. Transformer mengandungi dua binaan gegelung yang diberi nama gegelung primari dan gegelung sekunder. Untuk primari adalah masukan dan sekunder adalah keluaran. Itu yang perlu kita tahu. Tetapi, sekunder juga boleh jadi masukan dan primari (untuk kes tertentu seperti untuk buat inverter). Itu tidak perlu risau. Hanya ingat yang mula-mula saja.

Transformer mempunyai pelbagai saiz. Dari bersaiz sekecil kotak mancis sehinggalah sebesar rumah. Untuk penerangan ini, saya terangkan yang biasa digunakan dalam projek elektronik. Antara jenis-jenis transformer adalah seperti:
  • power transformer
  • output transformer
  • driver transformer
  • IF transformer
Semua jenis-jenis trasformer yang disebutkan di atas untuk sekadar pengetahuan saja. Saya akan terangkan mengenai transformer kuasa yang digunakan untuk membina unit bekalan kuasa. Untuk membeli transformer yang betul, sila rujuk kepada senarai komponen yang diperlukan. Ini adalah penting untuk memastikan litar projek menerima bekalan kuasa yang sesuai. Pastikan juga Ampere yang betul. Jika Ampere kurang, litar bekalan kuasa tidak berupaya untuk menanggung beban litar projek yang besar dan banyak. Ampere yang sesuai adalah antara 1A hingga 2A. Itu sudah cukup. Nak tinggi lagi pun boleh dan jangan terlalu kurang dari 1A. Jika kurang, litar masih boleh berfungsi dengan baik tetapi jika ada bebanan lebih, ia mungkin mengundang masalah seperti litar projek tidak berfungsi dengan baik (masih lagi berfungsi).

Satu lagi, kepada yang kali pertama guna transformer ini, jangan suka-suka pegang mana-mana bahagian transformer yang telah disambungkan ke punca AC. Pastikan wayar yang disabung dibalut dengan pita yang sesuai atau dengan tiub heat shrink. Pastikan juga dapatkan nasihat dari yang mahir dalam mengendalikan transformer. Salah langkah, boleh bawa kecederaan atau pun maut. Jika tidak tahu mengenai transformer, belajar dahulu dan dapatkan latihan dari tenaga mahir.

IC Pengatur Voltan

Posted by Blog MyEnik

Dalam litar bekalan kuasa terdapat beberapa bahagian yang perlu dan tidak perlu diketahui. Satu unit bekalan kuasa mengandungi bahagian masukan sehinggalah ke bahagian keluaran. Seperti yang kita ketahui, pada bahagian masukan terdiri dari satu unit transformer dan satu unit litar penerus voltan. Maknanya voltan yang masuk sudah tentulah voltan AC dari sumber bekalan AC plug 3 pin. Kemudian voltan akan melalui transformer untuk menurunkan jumlah voltan seperti 12V, 9V, 5V dan sebaginya. Nilai voltan yang telah diturunkan masih lagi voltan AC. Oleh itu unit penerus voltan diperlukan untuk menukarkan AC kepada DC.

Selepas unit litar penerus, voltan telah bertukar menjadi DC. Namun begitu untuk menjadikan lebih sempurna, kita perlukan satu unit litar pengatur voltan. Ia bertujuan untuk mengatur voltan menjadi stabil dan lebih tulen. Antara litar yang mudah dibina adalah litar pengatur voltan yang terdiri daripada IC pengatur voltan 78XX. IC 78XX adalah IC pengatur voltan untuk voltan positif. nombor 78 adalah menunjukkan IC pengatur ini untuk kitaran positif dan manakala 79 pula untuk kitaran negatif.

Secara popularitinya IC78XX adalah paling popular berbanding 79XX. Huruf XX pula adalah penentu nilai voltan keluaran. Voltan keluaran yang biasa terdapat adalah 24v, 18v, 12v, 10v, 9v, 8v, 6 dan 5 v. Maknanya jika IC tersebut adalah 7818, voltan keluarannya adalah 18v positif. Jika IC tersebut adalah 7806, voltan keluarannya adalah 6v positif. Begitu juga untuk nombor-nombor yang seterusnya.

Untuk kaki IC tersebut boleh lihat pada gambar yang ditunjukkan. Pastikan sambungan kaki dipasang dengan betul. Sambungan kaki yang salah boleh menyebabkan kerosakan. IC ini boleh menghasilkan haba panas. Jangan panik jika IC ini panas. Kepanasannya yang suam-suam adalah normal. Tapi jika panas melampau dan rasa macam nak melecur tangan, itu something wrong. Mungkin rosak atau penyambungan salah dan sebagainya.

Namun begitu jika dilihat pada gambar di atas, bentuk seperti ini biasa digunakan. Tetapi adalah bentuk lain yang selalu digunakan. Bentuknya seperti topi atau bentuk ufo. Yang mana kakinya ada dua sahaja. Manakala kaki yang ketiga adalah pada badannya iaitu ground. Kebiasaannya, IC ini memerlukan penenggelam haba (heat sink) bertujuan untuk mengekalkan IC dalah keadaan tidak terlalu panas.

Tempoh tamat hari ini

Posted by Blog MyEnik

Hari ini adalah hari terakhir Pakej e-book Elektronik berada di MyEnik. Mulai esok pakej e-book itu tidak akan dijual lagi. Begitu juga dengan tawaran untuk menjadi ahli kelab Rekacipta Elektronik MyEnik melalui pembelian e-book pakej tersebut.


Kelab Rekacipta Elektronik MyEnik akan dilancarkan dalam 2 -3 hari lagi. Dengan kelebihan yang ada melalui kelab ini, saya boleh tumpu perhatian kepada ahli-ahli yang berdaftar. Jadi, ruangan yang seperti diminta telah saya sediakan. Oleh itu terpulang pada anda untuk menggunakannya dan mengambil peluang.

Terima kasih.